Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat kehidupan sehingga saat ini..meningggalkan blog berhabuk hampir 3 tahun.Sungguh saya amat rindu sekali untuk menulis di blog meskipun sebelum ini tidak begitu banyak entri namun,kerinduan sering kali menyapa diri sejak akhir-akhir ini..dan ditakdirkan pula seorang sahabat rindu untuk membaca penulisan saya hamba yang sangat hina dan penuh dengan kekurangan ini.Atas permintaan saya akan kembali menulis kisah-kisah inspirasi yang pastinya berdasarkan adaptasi kisah realiti kenalan-kenalan juga pengalaman kehidupan dan kisah-kisah inspirasi.Selama tidak bekarya banyak sekali perjalanan yang saya tempuh hingga terlupa berkongsi di sini tanpa disedari sudah 3 tahun! Jika ia sebuah bilik pasti habuknya sudah sangat tebal dan makan masa untuk kerja-kerja membersihkan.Bila di dalam blog ini makan masa juga ya nak memerah kembali idea penulisan yang hidup bukan sekadar menulis untuk kepuasan tapi menulis untuk kesedaran insyaAllah.Jika dulu menulis kerana masih dibangku sekolah,ideanya lebih santai dan lebih panjang, sekarang saya juga akan cuba untuk santai seperti biasa cuma saya cuba untuk berkongsi seringkas yqng mungkin namun isinya padat.Tidak menulis di sini tak bermakna saya tidak menulis langsung hingga hari ini alhamdulillah sudah 3 buah buku tulis saya bercerita kisah kehidupan.Tidak ketinggalan menulis juga di media sosial seperti facebook, wechat , twitter dan instagram.Namun, kepuasannya takkan sama dengan menulis di blog mahupun dibuku catatan biasa.Penceritaan dan penghayatan cukup berbeza dengan cara menjiwai, penulisan, penggunaan kata dan idea.Uniknya tahun ini baru saya sedari idea saya sebenarnya akan datang bila-bila masa namun, kata-kata yang bakal tertulis hanya dilakukan di waktu malam atau seawal pagi kerana mood penulisan saya hanya akan hadir diwaktu itu hanya setelah menyelesaikan segala kerja-kerja harian. Selepas ini akan kembali aktif di sini untuk bercerita-cerita..dan yang paling utama adalah saya menulis untuk ingatan diri sendiri.Selamat Kembali Buat Diri,moga dengan niat menulis kerana Allah ini membuahkan idea-idea yang bernas dan penuh kegembiraan buat jiwa dan hati yang sedang kering yang dahagakan ilmu dan peringatan..Saya Kembali..😊😊
Welcome back 💝
ReplyDelete