Aku hanyalah insan yang maha kerdil di bumi Tuhanku yang Maha Berkuasa...Allahuakbar.....

Thursday, December 15, 2016

Keampunan

Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kehidupan hari ini. Saat Allah S.W.T masih memberi peluang untuk kita sebagai hamba masih bernafas hari ini, maka sedarlah kita bahawa Allah masih memberikan peluang untuk kita memohon keampunan dan memperbanyakkan taubat padaNya..

    Di zaman penuh berteknologi ini ramai antara kita termasuklah diri yang menulis ini kadang terlalu asyik dengan dunia maya..dengan kemudahan internet tanpa sempadan membuatkan setiap dari kita bagai tak mahu lekang dari peralatan gadjet masing-masing. Bermula dari yang muda sampai yang dah berusia pun seronok melayan gadjet mereka..terutamanya telefon pintar yang mudah dibawa ke mana sahaja. Saya pernah mengalami satu situasi di mana saat semua saudara mara berkumpul dan semua terlalu fokus dan asyik dengan telefon pintar masing-masing. Pada awalnya, saya cuma buat tidak endah..kerana saya juga menggunakannya namun lama-kelamaan ketika saya mula mengalihkan telefon pintar ke tepi dan mematikan data internet dan ingin memeriahkan suasana bersaudara..tiba-tiba saya toleh ke persekitaran semua masih dalam posisi yang sama..ada yang berbual pun acuh tak acuh sahaja. Tiba masa makan pula, berbual tak semeriah biasa. Semua seperti segera menghabiskan sisa makanan yang ada kemudian kembali ke telefon masing-masing. Dan ketika ini saya mengasingkan diri dan mula merenung jauh..tanpa disedari airmata mula mengalir. Entah kenapa saya menangis seperti kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dari orang tua. Suasana tadi membuat saya menangis kerana semua perlakuan dan perkataan seperti tidak lagi dapat dituturkan kerana semuanya hanya bisu alam maya yang memberi tindak balas. Saat ini barulah saya faham, mengapa anak kecil kini kelihatan seperti terabai..bukan kerana ibu bapa tidak boleh mendidik tapi mereka terlalu sibuk dengan alam maya hingga tanpa disedari anak-anak terabai..sedangkan saya sahaja boleh menangis dengan keadaan seperti ini anak kecil yang dahagakan kasih sayang itu pastilah lebih lagi sedihnya..benarlah semakin bijak teknologi semakin kurang kecelikkan akal manusia...

   Allah memberikan kita akal supaya kita berfikir dan mengatur kehidupan dengan sebaik mungkin. Akal begitu istimewa Allah berikan kepada manusia agar berhati-hati dalam menguruskannya..ramai manusia termasuklah saya yang menulis ini kadang lupa akan fungsi akal ini..kita hanya berfikir secara permukaan tidak secara mendalam. Jika kita dapat berfikir secara menyeluruh pasti kita mampu mengatur bila masanya yang patut kita luangkan di alam maya, masa berkualiti bersama keluarga dan masa berkualiti untuk berbakti pada orang lain. Sesungguhnya, waktu muda kita akan dipersoalkan di hari kemudian apakah kita telah menjalaninya dengan sebaik mungkin hari ini? Andai sahaja orang-orang yang telah pergi meninggalkan dunia bisa kembali pasti mereka ingin perbaiki masa hidup mereka..lalu kita yang hidup ini apa yang telah kita perbuat dan adakah kita sentiasa memperbaiki setiap hari-hari kita jalani?? Mereka tidak ada lagi peluang menangis dan merintih memohon pengampunan dari Pencipta sedangkan kita masih lagi diberi waktu bahkan peluang yang banyak lalu apa kita telah menangis dan merintih penuh pengharapan pada Maha Pencipta? Atau kita masih lagi mahu berterusan membesarkan telefon pintar kita dari Kita membesarkan Allah dalam kehidupan seharian kita?? Mendahulukan whatsapp dari solat fardhu? Mendahulukan facebook dari zikrullah? Mendahulukan instagram dari tilawah? Lalu kelak apa yang bakal kita jawab dihadapan Allah?? Menangislah..menangislah..menangislah!! Kerana engkau telah mula merasakan tawarnya beribadah..bukan Dia tidak menyayangimu tapi engkaulah yang mula menjauhinya..

    Mehnah ujian kehidupan ini datang dalam pelbagai bentuk, jika dulu engkau seorang yang tawadhuk sekali saja ujian hebat datang padamu engkau bisa jatuh bahkan lumpuh kadang ujian itu cuma teknologi canggih yang telah engkau perolehi tidak kiralah kamera, ipad ,telefon pintar dan sebagainya..cuma satu yang mesti diingat KEAMPUNAN ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANYA dan kita masih punyai waktu untuk memohon keampunan atas segala kelalaian kita selama ini. Jangan mudah putus asa sentiasa berdoa mohon taufiq dn hidayah dariNya..supaya kita sentiasa dibawah bimbingan dan perlindunganNya..insyaAllah

Tuesday, November 8, 2016

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat kehidupan sehingga saat ini..meningggalkan blog berhabuk hampir 3 tahun.Sungguh saya amat rindu sekali untuk menulis di blog meskipun sebelum ini tidak begitu banyak entri namun,kerinduan sering kali menyapa diri sejak akhir-akhir ini..dan ditakdirkan pula seorang sahabat rindu untuk membaca penulisan saya hamba yang sangat hina dan penuh dengan kekurangan ini.Atas permintaan saya akan kembali menulis kisah-kisah inspirasi yang pastinya berdasarkan adaptasi kisah realiti kenalan-kenalan juga pengalaman kehidupan dan kisah-kisah inspirasi.Selama tidak bekarya banyak sekali perjalanan yang saya tempuh hingga terlupa berkongsi di sini tanpa disedari sudah 3 tahun! Jika ia sebuah bilik pasti habuknya sudah sangat tebal dan makan masa untuk kerja-kerja membersihkan.Bila di dalam blog ini makan masa juga ya nak memerah kembali idea penulisan yang hidup bukan sekadar menulis untuk kepuasan tapi menulis untuk kesedaran insyaAllah.Jika dulu menulis kerana masih dibangku sekolah,ideanya lebih santai dan lebih panjang, sekarang saya juga akan cuba untuk santai seperti biasa cuma saya cuba untuk berkongsi seringkas yqng mungkin namun isinya padat.Tidak menulis di sini tak bermakna saya tidak menulis langsung hingga hari ini alhamdulillah sudah 3 buah buku tulis saya bercerita kisah kehidupan.Tidak ketinggalan menulis juga di media sosial seperti facebook, wechat , twitter dan instagram.Namun, kepuasannya takkan sama dengan menulis di blog mahupun dibuku catatan biasa.Penceritaan dan penghayatan cukup berbeza dengan cara menjiwai, penulisan, penggunaan kata dan idea.Uniknya tahun ini baru saya sedari idea saya sebenarnya akan datang bila-bila masa namun, kata-kata yang bakal tertulis hanya dilakukan di waktu malam atau seawal pagi kerana mood penulisan saya hanya akan hadir diwaktu itu hanya setelah menyelesaikan segala kerja-kerja harian. Selepas ini akan kembali aktif di sini untuk bercerita-cerita..dan yang paling utama adalah saya menulis untuk ingatan diri sendiri.Selamat Kembali Buat Diri,moga dengan niat menulis kerana Allah ini membuahkan idea-idea yang bernas dan penuh kegembiraan buat jiwa dan hati yang sedang kering yang dahagakan ilmu dan  peringatan..Saya Kembali..😊😊

Friday, March 29, 2013

Siapakah di Hatimu??

bismillahirahmanirrahim..

berapa ramai manusia hari ini dia bangun pagi lepas solat dia berniat untuk melakukan segala sesuatu kerana Allah??
hah cuba angkat tgn sikit...kann...tak ramai pun,tapi untuk kali ni mungkin ramai yaang masih tak sedar akan kepentingan niat.
sebenarnya niat adalah perkara yang paling utama dalam kehidupan.Di dalam hadis arbain soal niat di letakkan pada bilangan hadis yang pertama..jadi betapa pentingnya niat di awal pagi kita lakukan sesuatu semuanya kerana siapa??
Keran Allah...

selama ini mungkin kita nampak agama itu kecil dalam kehidupan kita betul tak??aikk,jgn tipu...sbb apa saya bukan ingin menghukum tapi berdasarkan pemerhatian..hee masuk terms sains sikit.mungkin pemerhatian kadang-kadang ada yang kata silap.tapi cuba tengok sekeliling anda...owh...jauh sangat nak kaitkan ye..oraite meh tengok diri sendiri pulak memang betul-betul dekat saya bawa anda..sehari berapa page kita tilawah al-Quran???berapa kali pula kita beristighfar di luar waktu solat??sentiasa tak kita solat di awal waktu???hah jawab-jawab?

nampak tak selama ni kita nampak agama tu kecil dalam kehidupan kita...k-pop itu yang menjadi keutamaan,FB itu yang menjadi teman,dll lagi..astaghfirullah..lemahnya hambaMu ya Allah..
"dan barang siapa berbuat dosa,maka sesungguhnya dia mengerjakan untuk kesulitan dirinya sendiri.Dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana"[an-nisa'.4:111]

jika selama ini kita nampak agama itu kecil,telah tiba masanya untuk kita bagi nampak agama itu besar dalam kehidupan kita..kita dan kehidupan kita takkan bermakna tanpa Allah..Allah menjadi keutamaan,di usia muda remaja ini lah kita bekerja keras pelajari agama..sbb jika kita kata tunggu usia meningkat sikit baru matang dan bersedia..waktu tu anda boleh pastikan ke yang anda masih bernafas sebagai khalifah di muka bumi ini???

sesungguhnya insan yg menulis dekat dgn pemilik hati ini,semoga sama-sama kita baiki kualiti iman dan akidah kita yg kian merapuh..nauzubillah,mohon Allah sentiasa mempertingkatkan iman dan kecenderungan kita sebagai hamba untuk tgktkan amal ibadah kita insyaAllah..

mudah-mudahan di hati kita di waktu dan saat ini biarlah hanya Allah SWT..


Wednesday, March 27, 2013

Mengemis CintaMu Syukurku atas UjianMu

bismillahirrahmanirrahim.. 

Hampir setahun tak di update blog ini..terasa teramat rindu untuk bekarya..hee..
sepanjang tempoh tak update banyak peristiwa yang diri ini lalui senang...susah..sedih..mahupun gembira ku  lalui dengan penuh rasa kesyukuran kerana diri ini terus diberi kekuatan untuk menghadapi semua dugaan kehidupan..meskipun terkadang rasa lelah,namun teringat akan firman Allah:

"kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan banyak mendengar hal yang amat menyakitkan hati dari orang yang diberi kitab sebelum mu dan dari orang musyrik.Jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesunggunya yg demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan"[3:186]
Dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang akan terlepasa daripada diuji..jadi marilah sama-sama kita ambil iktibar daripada ujian yang kita lalu.Allah menguji untuk kita pelajari sesuatu daripada apa yang kita lalui..supaya kita memikirkan kekuasaanNya.Namun ramai diantara kita setiap kali diuji merasakan nasib tidak baik dan bersedih tanpa memikirkan hikmah yang tersembunyi disebalik ujian yang diberi..kebanyakkan daripada kita jarang sedari bahawa setiap ujian senang atau susah sememangnya ada 1001 hikamh yang tersembunyi bahkan lebih lagi..tapi jika kita tidak mampu bersabar semuanya kita akan nampak negatif..

Sesungguhnya kita akan diuji dengan apa yang kita bicarakan..ya,ini adalah sangat benar disaat kita bicara tentang pengorbanan kita akan diuji untuk berkorban disaat kita bicara soal mujahadah melawan nafsu kita juga akan diuji sama ada kita menang atau tertewas dalam perlawanan..Allahurabbi....setiap apa yang kita sampaikan mestilah sentisa fokus dan prihatin supaya kita sentiasa ingat,kerana bibir yang bercakap dekat dengan telinga yang mendengar..firman Allah:

"mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu  sendiri padahal kamu membaca kitab(taurat).tidakkah kamu mengerti?"[2:44]

Ya Allah sesungguhnya perjalanan hambaMu ini masih panjang..namun belum pasti sampai bilakah nafas ini akan terus berhembus...Berikan hamba ini hidayahMu agar dikuatkan iman yang lemah moga diberkati hidup ini menuju bahagia yang kekal abadi..Harapanku moga dikurniakan manisnya iman berpanjangan..untuk ku tiba ke destinasi cintaMu..


Tuesday, August 28, 2012

bismillah..
 suhanallah..lama sudah tak di update rupenyer...
percutian daripada berkarya yang amat panjang banyak pengalaman pahit manis ditempuh.Bila sebut je pasal cuti memang banyak yang menduga keimanan..disaat kita jatuh nk bangkit balik Allah saja yg tahu payahnya.

Ku ingin kongsikan sebuah kisah ni terleebih dahulu andai terkena batang hidung sendiri maaf ye,sekadar berkongsi...

Sebelum cuti raya yang lepas, ada satu program motivasi yg ku sertai,yg sampaikan merupakan imam muda Asyraf  kenal-kenal??ok.program ni sgt la bagus memang terus tersedar diri memang apa yang di sampaikan memang kena macam pangggg!!!!amekaw!kena batang hidung sendiri..antara yang diingatkan yang membuat terpahat di hati ni :

1.kamu ibadat bagai nak rak tapi kamu abaikan study takde maknanya..
2.kamu dh study usaha sungguh-sungguh, beribadah kpd Allah tapi kamu tak hayati ibadah yg dibuat sia-sia
3.kamu juga jgn harap akan berjaya jika kamu dh buat yg terbaik utk keduanya tapi,jika ibu...kamu tak hormati dan menyenangkan hatinya maka sia-sia..

sebab itu ada di antara kita bertanya kenapa aku tak berjaya , tak hidup tenang  dan sebagainya..
mari sama-sama muhasabah tanya diri kita sejauh mana hub antara seorang ibu dan anak itu terjalin??
Akrab..jurang yg sgt jauh mahupun tiada perasaan langsung terhadap insan yg bergelar ibu?

memang benar jika seorang ibu itu reda hidup anak akan jauh lebih baik..
ibu reda sbb kita berbakti pada dia,dan apa yg ingin kita lakukan minta persetujuannya dia akan reda insyaAllah..

maka marilah sama-sama kita baiki kelemahan diri agar hidup lebih diberkati..aminn yaRabb...

MUTIARA KEHIDUPAN:
Dua perkara yang kita perlu ingat dalam hidup iaitu kebaikan orang pada kita dan kejahatan kita pada orang
 dan
Dua perkara yang perlu kamu lupakan adalah kebaikan kamu kepada orang lain dan kejahatan orang pada kita.
#PETUA UNTUK HIDUP TENANG ~ ~ ~ ~

Sunday, August 5, 2012

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

bulan ramadhan terasa semakin rindu pada nabi..
yg terlalu banyak berkorban buat umatnya..j

Aku Ingin MencintaiMu