Aku hanyalah insan yang maha kerdil di bumi Tuhanku yang Maha Berkuasa...Allahuakbar.....

Thursday, December 15, 2016

Keampunan

Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kehidupan hari ini. Saat Allah S.W.T masih memberi peluang untuk kita sebagai hamba masih bernafas hari ini, maka sedarlah kita bahawa Allah masih memberikan peluang untuk kita memohon keampunan dan memperbanyakkan taubat padaNya..

    Di zaman penuh berteknologi ini ramai antara kita termasuklah diri yang menulis ini kadang terlalu asyik dengan dunia maya..dengan kemudahan internet tanpa sempadan membuatkan setiap dari kita bagai tak mahu lekang dari peralatan gadjet masing-masing. Bermula dari yang muda sampai yang dah berusia pun seronok melayan gadjet mereka..terutamanya telefon pintar yang mudah dibawa ke mana sahaja. Saya pernah mengalami satu situasi di mana saat semua saudara mara berkumpul dan semua terlalu fokus dan asyik dengan telefon pintar masing-masing. Pada awalnya, saya cuma buat tidak endah..kerana saya juga menggunakannya namun lama-kelamaan ketika saya mula mengalihkan telefon pintar ke tepi dan mematikan data internet dan ingin memeriahkan suasana bersaudara..tiba-tiba saya toleh ke persekitaran semua masih dalam posisi yang sama..ada yang berbual pun acuh tak acuh sahaja. Tiba masa makan pula, berbual tak semeriah biasa. Semua seperti segera menghabiskan sisa makanan yang ada kemudian kembali ke telefon masing-masing. Dan ketika ini saya mengasingkan diri dan mula merenung jauh..tanpa disedari airmata mula mengalir. Entah kenapa saya menangis seperti kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dari orang tua. Suasana tadi membuat saya menangis kerana semua perlakuan dan perkataan seperti tidak lagi dapat dituturkan kerana semuanya hanya bisu alam maya yang memberi tindak balas. Saat ini barulah saya faham, mengapa anak kecil kini kelihatan seperti terabai..bukan kerana ibu bapa tidak boleh mendidik tapi mereka terlalu sibuk dengan alam maya hingga tanpa disedari anak-anak terabai..sedangkan saya sahaja boleh menangis dengan keadaan seperti ini anak kecil yang dahagakan kasih sayang itu pastilah lebih lagi sedihnya..benarlah semakin bijak teknologi semakin kurang kecelikkan akal manusia...

   Allah memberikan kita akal supaya kita berfikir dan mengatur kehidupan dengan sebaik mungkin. Akal begitu istimewa Allah berikan kepada manusia agar berhati-hati dalam menguruskannya..ramai manusia termasuklah saya yang menulis ini kadang lupa akan fungsi akal ini..kita hanya berfikir secara permukaan tidak secara mendalam. Jika kita dapat berfikir secara menyeluruh pasti kita mampu mengatur bila masanya yang patut kita luangkan di alam maya, masa berkualiti bersama keluarga dan masa berkualiti untuk berbakti pada orang lain. Sesungguhnya, waktu muda kita akan dipersoalkan di hari kemudian apakah kita telah menjalaninya dengan sebaik mungkin hari ini? Andai sahaja orang-orang yang telah pergi meninggalkan dunia bisa kembali pasti mereka ingin perbaiki masa hidup mereka..lalu kita yang hidup ini apa yang telah kita perbuat dan adakah kita sentiasa memperbaiki setiap hari-hari kita jalani?? Mereka tidak ada lagi peluang menangis dan merintih memohon pengampunan dari Pencipta sedangkan kita masih lagi diberi waktu bahkan peluang yang banyak lalu apa kita telah menangis dan merintih penuh pengharapan pada Maha Pencipta? Atau kita masih lagi mahu berterusan membesarkan telefon pintar kita dari Kita membesarkan Allah dalam kehidupan seharian kita?? Mendahulukan whatsapp dari solat fardhu? Mendahulukan facebook dari zikrullah? Mendahulukan instagram dari tilawah? Lalu kelak apa yang bakal kita jawab dihadapan Allah?? Menangislah..menangislah..menangislah!! Kerana engkau telah mula merasakan tawarnya beribadah..bukan Dia tidak menyayangimu tapi engkaulah yang mula menjauhinya..

    Mehnah ujian kehidupan ini datang dalam pelbagai bentuk, jika dulu engkau seorang yang tawadhuk sekali saja ujian hebat datang padamu engkau bisa jatuh bahkan lumpuh kadang ujian itu cuma teknologi canggih yang telah engkau perolehi tidak kiralah kamera, ipad ,telefon pintar dan sebagainya..cuma satu yang mesti diingat KEAMPUNAN ALLAH MENDAHULUI KEMURKAANYA dan kita masih punyai waktu untuk memohon keampunan atas segala kelalaian kita selama ini. Jangan mudah putus asa sentiasa berdoa mohon taufiq dn hidayah dariNya..supaya kita sentiasa dibawah bimbingan dan perlindunganNya..insyaAllah

1 comment:

Aku Ingin MencintaiMu